Kerana Jatuh, Aku bangkit.

Keadaan Sekeliling membuatkan perasaan menekan, adakah jauh betul perjalanan aku menghadap ilahi. Aku putus cinta dengan manusia, aku tidak mahu putus cinta dengan Allah.

Allah yang menjadikan aku, Allah yang memberi segala rezeki kepada aku, kenapa aku masih jahil? pernah tanya tak diri anda juga? Mungkin, aku juga manusia, tidak sempurna selalu juga aku tergelincir.

Ya, memang benar, selama ini aku hanya mengadu kepada manusia, kerana bagi aku itu sedikit melegakan, tetapi nasihat seorang rakan, sakit yang kau rasa, apa kata kau mengadu pada sang Pencipta iaitu Allah, dia yang tahu isi hati kau.

Aku ikut nasihatnya, dan itu juga aku lakukan, tidak pernah seumur hidup aku mengangkat takbir untuk bertahajjud, bertaubat dan beristikharah, aku gagahkan juga untuk bangun, kerana aku ingin mengadu kepada kekasih hati aku.

Ya, tidak dapat aku gambarkan bagaimana perasaan pertama kali aku bertahajjud, bertaubat dan beristikharah. Lakukan lah rakan-rakan, jiwa ini, hati, perasaan milik Allah jangan sombong, lakukanlah, tiada yang dapat menandinginnya, Tidak dapat juga digambarkan dengan kata-kata manisnya malam-malam ini.

Bersahabatlah dengan mereka yang mengingatkan anda kejalan ALLAH, tetapi jangan pula dicaci maki mereka yang jauh dari jalannya, sebagai manusia, sebagai rakan, berikanlah hikmah manisnya cinta ALLAH itu kepada mereka.



-AKU JATUH LALU AKU BANGKIT-