Kisah Bermula semasa zaman sekolah menengah form 4, masa tu lelaki
pujaan. *muntah. hahaha. Dulu zaman gatal-gatal pegi la The Curve, tipu
mak ayah kata nak pegi study group. Sampai The curve kau!
Semata-mata nak tengok cheercomp(Cheerleader Competition) sanggup naik
turun bas dari rumah, yela kan masa tu mana ada kereta. Sampai je dekat
situ punyalah ramai orang tak terkata, semua lelaki pun gatal mcm aku
nak usha-usha awek. hahahaha
So, usha punya usha berkenan la dekat sorang awek ni. cantik macam cina!
hehehehe. Dengan beranikan diri tekad, azam, kecekalan pegi la tegur
dia dekat belakang stage tu. Nasib baik dia okay, rupanya dia dari SMK
*******. Orang kata sekolah tu memang ramai yang cantik-cantik. So,
sembang punya sembang, minta no fon, tak kesampaian kurang kacak
mungkin. Tapi, dia kasi email suruh add dkt myspace, masa tu zaman
myspace mana ada twitter facebook bagai ni.
So, dengan hati yang girang, seronok tak ingat dunia macam menang
lamborghini perasaan masa tu yelah dapat awek cantik, sape tak bangga
kan? well, boys. -.-" Balik je dari The Curve, terus on cpu, masa tu
laptop tak ada, bapak aku cakap nanti tengok benda bukan-bukan,
hahahaha. So, on la myspace, terus add. hehehehe. tunggu je lah jawapan
dari sidia kan. cewah, macam baru lepas merisik pulak gayanya.
hahahahaha
Hari berganti hari, hati jadi gelisah, mana dia ni, masuk hari ke-3 dia
muncul, cewah! calon awekku memanggil la masa tu, heboh dekat semua
kawan ada awek dekat friendlist myspace. hahahaha. Dia pun tegur "you
yang dekat cheercomp hari tu kan?" pastilah jawapannya ye kan. well,
baru nak bercinta. before this ada lah bercinta tapi dengan budak
sekelas la, satu sekolah la. cinta monyet sungguh.
So, berbalas comment ke wall entah aku lupa almost everyday, sanggup tu
tunggu masing masing balik sekolah. Ada satu hari tu, dia tukar profile
picture dengan boyf dia, pergh aku punya sedih, makan nasi tak lalu,
tapi makan maggie selalu. hahahaha. so baru aku faham, dia suka berkawan
dengan aku sebab aku ni lawak, btw, lawak ke? pandai amik hati. sekeh
nak? hahahaha
tapi, takpelah, kawan pun kawan la janji selalu berhubung *cewah ayat! hahahaha.
Selang beberapa bulan lepas tu, dia break up dengan boyf dia, sebab aku
tau dia kata dia benci lelaki, kesian memang kesian, tapi untung dekat
aku lah mana tahu kot kot dapat. Kebetulan masa tu sekolah aku SMK
**************** jadi tuan rumah untuk bola jaring, dia pun tanya
sekolah aku ke, pastilah aku tersangat gumbira boleh tunjuk dekat
kawan-kawan aku ada awek lawa macam cina. tinggi, mata sepet, putih. So,
dia pun datang sekolah aku, tarikh tak ingat bila jangan tanya aku ni
pelupa. hahaha.
So kitorang pun berjumpa untuk kali kedua selepas sekian lama setengah
tahun jugak la. Sanggup aku ponteng class semata nak lepak dengan dia,
bak kata orang kasi sokongan dan semangat *gelinya ayat. Aku punya
bangga masa tu dekat kawan-kawan aku, yela dapat awek sekolah yang boleh
dikatakan top dengan awek-awek dia. siapa kata tak hensem tak boleh
dapat awek hot? yang penting sekarang ni hati kan HATI!
So, dari situ makin la rapat, kali ni tak main la myspace, pakai fon la
SMS. Myspace pun dekat friendlist dia no 1! hahahaha. So, berubah la
tahun naik form 5 pulak. Hari silih berganti, makin hari makin rapat,
timbul bibit bibit percintaan, yela 2-2 single apa ada hal. hahahaha.
aku pun cakap lah dekat dia aku suka dia, zaman sekolah kan? noober
detected! hahahaha. dia kata, dia boleh terima dengan satu syarat kalau
aku sudi teman dia pegi beli baju Hari sabtu nanti. Haruslah aku cancel
semua appointment aku yang mengalahkan retis.
So, aku pun keluar la dengan dia pinjam kereta mak aku pulak tu, bila
tanya nak kemana cakap ada tournament futsal, tipu lagi, banyak dosa aku
dekat mak ayah aku. =(
masa tu lah dia tanya, apa betul ke apa yang aku cakap beberapa hari
lepas, aku cakap dekat dia yang aku ni bersungguh. hihihihihi. Dia
TERIMA! sekali lagi aku cakap, dia TERIMA! padahal baru jadi awek, bukan
terima melamar jadi bini ke apa, over excited, well, aku kan memang
macam ni.
So, bermulalah percintaan kami berdua, suka duka diharungi bersama, berjumpa sebulan sekali je.
Masa tu pun dah nak dekat SPM, so kitorang pun buat rules, jangan
contact sampai paper dah habis. so, kitorang pun tak contact. nasib baik
aku ni jenis yang setia. cewah! hahahaha.
Habis je paper dia, sebab aku habis paper dulu, aku terus call dia, dia
yang excited lebih, aku pulak yang pelik. hahaha. So, kitorang pun
contact balik macam biasa sampai lah satu hari ni dia kata, dia dapat
pegi PLKN, nanti 3 bulan tak boleh contact, sedihnya. :'(
So, terkapai kapai la aku 3 bulan tu tanpa sebarang berita, sekali lagi
diingatkan aku ni seorang yang SETIA! aku tak cari perempuan lain,
betapa setianya aku. padahal nak dapat satu pun bukan main susah, nak
ada lain? harapan..
3 bulan berlalu, tanpa apa-apa berita, tiba tiba aku tengok dekat
profile picture dia dekat myspace, dia dengan ada satu mamat, caption
dia "half of my heart". aku pun naik geram, aku terus call, mula mula
dia tak angkat, lepas tu dia angkat, dia kata tu boyf dia masa dkt PLKN
je, jangan salah anggap, aku masih dihati dia. The hell? aku pun terima
je lah. nak buat macam mana dah sayang kan? kan?
So, masa tu kena isi UPU yang nak sambung belajar tu, kitorang pun isi
sama-sama, course yang sama. semua lapan-lapan pilihan yang sama. cewah!
nak sama tempat la tu konon. kononnya la. hahahah. So, results SPM pun
keluar lepas tu, dia punya results mak aih! banyak A. maybe sebab dia
pegi pagi kot so sempat la kutip semua A tu, aku pegi dah petang A semua
orang dah amik dah. hahahaha. tapi, alhamdulillah semua credit. Aku pun
risau dengan results aku tu, aku tak dapat sambung belajar. Nasib baik
dia ada kasi kata-kata semangat.
Lepas sekian lama, results UPU pun keluar. nak tau satu benda pelik?
sangat pelik, tapi tersangatlah bagus jugak, kitorang dapat tempat yang
sama. UITM *********. mungkin jodoh kot. Mungkin okay MUNGKIN. Masa
first day daftar nak dijadikan cerita, kitorang daftar sekali, meja
sebelah sebelah, mesti lah memain mata sikit kan? biarlah awek aku kot.
Lepas tu bermulalah minggu orentasi yang amat-amatlah memenatkan. Pagi
kena bangun pukul 5, tidur malam pukul 3. 2 jam je weh! 2 JAM! Nak
dijadikan cerita, masa minggu MMS(Minggu mesra siswa) kitorang
dibahagikan kepada beberapa kumpulan, aku terperanjat dia group dengan
aku untuk LDK(latihan dalam kumpulan). Happy nya tak terkata. dia pun
kata, kebetulan kan? hahaha. So, seminggu orentasi, aku makin hari makin
rapat dengan dia, breakfast sama, lunch sama, dinner pun sesama. Ada la
jugak naik jelak tengok muka dia je hari-hari, weh tak tipu, dekat UNI
lagi ramai awek yang lagi cantik dari awek korang wahai adik-adik.
hahahaha.
Start je class, kami mula jarang contact, yelah masing masing busy
dengan assignment apa bagai, mana nak larat, contact pun tanya nak pegi
makan dekat mana semua, memang hari hari pegi makan sesama, yelah masa
tu aku ada kereta tu tenggiling tu mak aku bagi dekat aku. sayang betul
aku dekat tenggiling tu. Ada sekali tu aku buat surprise dekat dia, aku
melutut kasi bunga dekat dia depan public weh! public weh! hahahaha.
*ikut mat saleh sangat. Akhirnya, muncul la yang budak UITM tempat aku
panggil, neraka dunia, final exam yaw! Punyalah gelabah aku masa tu,
tapi tak gelabah mana lah, DOTA harus tak tinggal. hahaha. Alhamdulillah
aku boleh jawab semua paper, walaupun aku rasa tak puas hati tapi
sekurangnya aku buat semua. =)
So, bermulalah cuti sem. masa ni la kitorang banyak buat kerja gila,
pegi johor balik hari, pegi penang balik hari semata-mata teringin makan
itu ini, aku kumpul kot duit aku, nasib baik aku ni jenis menyimpan
duit mak aku bagi tiap tiap minggu.
So, tempoh perkenalan kami masa ni, perkenalan sangat senang cite couple
la, masuk 2 tahun, pejam celik, pejam celik je. tak rasa pun kalau
betul sayang. =) cuti sem dah nak habis, results pun nak keluar dah,
lega aku lepas cukup makan. 2.**, tapi aku sakit hati dia dapat 3.**
dean list, weh dia pun banyak keluar kot sama macam aku. ini tidak adil!
hahahaha.
So, kitorang ni macam menumpang je dekat UITM Shah Alam tu untuk satu
sem, aku dapat satu tempat dengan dia, tapi agak jauh, bapak aku
pepandai buat rayuan kasi aku dapat dekat sikit, aku punya nak menangis
masa tu dapat tempat jauh dari dia, so kitorang kena berpisah "long
distance couple". weh banyak cobaan dia, tak tipu la sangat banyak bila
berjauhan ni. aku ni pulak bukan berjenis punya manusia masa tu.
hahahaha. So, aku jarang masuk class, malas buat assignment, yelah tak
ada hati nak buat semua tu, orang tua cakap tak ada penyebar semangat.
sedih aku masa tu.
Tapi, kitorang jumpa every week. tiap-tiap minggu masing balik, kalau
tak balik pun aku akan ke tempat dia, jauh kot, tapi takpelah berkorban
sekejap. sayang la kata kau.
So, kitorang macam biasa je, masih lagi sayang menyayang cinta dikenang
perasaan menjadi rindu. hahahaha. So, final exam pun start, sebabkan aku
ni malas pegi class, aku tak attend exam pun sebab aku tau aku tak
boleh buat paper semua tu. So, lelama aku pun mengaku je dekat mak ayah
aku, aku tak pegi class bagai semua, diaorang punya sedih, dengan aku
pun menangis jadi menyesal pulak. bodoh betul aku masa tu. Demi seorang
perempuan sanggup aku jadi macam tu. bodohnya.
Lepas tu kata sepakat dibuat, aku pun berhenti dari situ, dan aku janji
dengan mak ayah aku, dapat belajar tempat lain aku belajar bebetul.
Akhirnya aku pun sambung belajar dekat Kolej *******. Time ni aku dah
jarang contact dia, sebab aku nak tumpu betul pada study aku, tapi
seperti biasa weekend je kitorang keluar dating. cewah! time tu aku mat
bunga kot. habis semua kawan dia jeles dengan aku, asal jumpa je beli
bunga rose. kihkihkihkih.
So, hari silih berganti, perkenalan aku dengan dia, jadi renggang. masa
tu mungkin salah aku jugak, atau pun salah dia jugak. memang aku tak
nafikan aku memang sangat-sangat sibuk, tapi aku selalu contact dia,
cuma dia macam nak tak nak layan. so aku pun dapat agak dia sibuk kot.
Masa ni perkenalan ktorg menjangkau 4 tahun, dan Alhamdulillah aku score
every sem masa dekat sini sebab aku dah janji dengan parents aku. So,
masuk perkenalan yang ke 4 tahun ni lah aku menyatakan hasrat aku dekat
mak ayah aku, nak bertunang, mak ayah aku cakap kalau ada duit, no hal.
nasib baik aku ni memang jenis suka menyimpan mungkin tak berapa nak
cukup, aku cakap dekat sidia aku memerlukan beberapa bulan. masuk
perkenalan yang ke 4 tahun dan 2 bulan, hubungan menjadi semakin
renggang, aku tak tahu mana silap aku, sedangkan aku tak ada pun kekasih
hati lain ke apa, sebab aku ni jenis malas nak mengorat mengorat bagai
ni, aku dah tak reti, dia lah orang terakhir aku mengorat, lepas tu
skill tu dah hilang. Aku pun tanya dia kenapa dia jadi dingin renggang
dengan aku, dia kata dia tak ada jawapan, mungkin kena bagi dia masa, so
aku pun bagi dia masa, tapi kitorang tak break up ke apa, masa dengan
dia, panas baran aku jadi hilang, aku ni jadi lembut. cop! bukan lembik!
tapi hati ni cepat tersentuh, maybe sebab dia yang ajar aku konsep
'pause' , tapi dia pulak yang jadi panas baran. so, aku cakap dekat dia
aku kasi dia fikir dalam sebulan. sebulan kitorang jarang contact just
good morning dengan good night. itu sahaj selama sebulan. alangkah
kelakarnya bila timbul cerita aku ni ada kekasih hati lain. bukan nak
kata apa, sepupu dia satu kolej dengan aku, selalu lepak sama, boleh
tanya kot sepupu dia kalau aku ada lepak dengan perempuan lain -.-" dan
alangkah kelakarnya, bila dia terang terang kantoi tipu aku macam-macam,
tapi aku ni bukan jenis pemarah, aku tanya pun tidak. jadi aku pun
anggap, mungkin tu kawan dia.
sebulan sebelum berakhirnya segalanya, alangkah terkejutnya aku bila aku
dapat tahu, masa yang dia nak sangat tu, yang aku bagi masa dekat dia
tu, dia isi dengan cinta lain. okay itu sakit. dah la kenalan rapat aku
pulak tu mamat tu. bermacam aku buat, merayu, bawak tempat first kami
jumpa, pegi tempat yang dia suka, tapi tak menjadi, jawapan dia tetap
sama, sampai disini sahaja. cukuplah perkenalan kami selama 4 tahun dan 7
bulan. peritnya menahan semua tu tak dapat la aku nak ceritakan,
betullah kata orang, benda yang paling sakit dalam dunia adalah sakitnya
berpisah.
berakhirnya cerita cinta kami. tapi, segala benda sudah dimaafkan, siapa
kita untuk menidakkan sesuatu yang pasti. yang pasti banyak aku belajar
tentang wanita sepanjang perkenalan aku dengan sidia. ya, memang
menyakitkan, sangat sakit, tak dapat nak digambarkan, sangat.
*siapa potong bawang ni!