Single, alone, lonely?

Selalu kita fikir oh aku tak ada boyf, aku tak ada girlf, aku tak boleh la hidup sorang-sorang.

Kelakar kan bila fikir balik?

Kenapa aku kata kelakar, yang sebelum ni kau hidup dengan mak ayah kau terseksa sangat ke sampai tak boleh nak hidup tanpa boyf dgn girlf korang tu?

Okayla macam ni, tipulah kalau aku tak fikir macam tu yelah aku pun sunyi jugak. Tapi kan aku cakap single best sebenanye! Hehehehe. Meh aku cite kenapa best.

Bestkan kalau dapat seseorang yang boleh nasihat kau ke jalan ALLAH, tapi kalau dapat yang jenis 24 jam tak nak berenggang dengan SMS, bilanya kau nak ke jalan ALLAH? So, masa single ni, kau kejar la jalan ilahi. Haa. Best kan single?

Masa dengan dia dulu, asyik kena kongkong, tipulah tak kena kongkong, tipulah. Okay la aku bukan nak cakap apa, bila jeles tu dah melampau, so adanya perasaan jeles, so akan timbul pulak perasaan mengongkong baik laki, baik perempuan. Sama je.

So sekarang ni bila tak kena kongkong, kau buat lah apa yang kau suka, kau suka karaoke, pegi la karaoke, macam aku pulak, aku suka kereta, so kasa single aku ni lah, aku make up kereta aku, pegi main gokart, dan yang paling penting, seumur hidup aku tak pernah pegi tengok F1 dekat sepang. Aku pegi tengok weh! Dan yang paling best aku suka taylor swift, aku beli tiket dia weh. Bestkan single?

Bila single, percaya tak, handphone aku, battery boleh tahan sampai 2 hari. Smart phone boleh tahan sampai 2 hari. Kau hado? Haa, kan jimat elektrik aku nak bayo bulan-bulan.

Lepas tu apa yang paling best jadi single ni, kau tak payah nak jaga hati orang bagai. Senang macam ni lah, bila kau tak reply kesayangan kau tu punya text ke whatsapp ke apa apa je lah, mesti dia merajuk, dah kau pulak nak kena pujuk jaga hati. Kan? Lepas tu, kau bangun la pukul berapa pun, sape nak marah. Haaa.. best kan single?

So, dah faham kan sekarang, relax la, single tu best, ingat satu perkataan ni, mungkin hari ni kau sunyi, esok mungkin kau orang yang paling bahagia. Siapa tahu kan? :) so, sabarlah, miracle do happen la kawan.


Fobia. ya, aku akui! aku tak boleh pertikaikan.

Secara jujurnya, ya memang aku tersangatlah fobianya.
aku takut bukan apa, janji manusia.
aku takut bukan apa, aku dah rasa.
aku takut bukan apa, kalau terlalu mengharap.
aku takut bukan apa, kalau terlalu sayang.
aku takut bukan apa, kalau aku tergelincir.
aku takut bukan apa, aku penat.
aku takut bukan apa, aku berhati lembut.
aku takut bukan apa, nanti dia yang rimas.
aku takut bukan apa, jodoh depan mata aku tak nampak.
aku takut bukan apa, kalau aku balik semula pada yang dulu.
aku takut bukan apa, takut cinta tu terlarang.
aku takut bukan apa, kalau aku ni tidak matang.
aku takut bukan apa, nanti tidak berbalas.
aku takut bukan apa, takut nak bagitahu.
aku takut bukan apa, takut kena lagi.
aku takut bukan apa, aku tak sedia lagi.
aku takut bukan apa, aku tak rela berkongsi lagi.
aku takut bukan apa, kalau kau endah tak endah.
aku takut bukan apa, kalau aku terluka lagi.
aku takut bukan apa, yang sebenarnya, aku tidak la takut mana pun.
cuma masa tidak mengizinkan sebab aku percaya, bila tiba masanya, akan muncul jua, bukan bermaksud, aku tak perlu berusaha, usaha tu perlu ada, cuma buat masa sekarang ni, kenal diri sendiri dulu, lagipun, rakan-rakan percayalah, dia akan datang juga pada masa yang tepat, pada masa yang sesuai, penuhkan ilmu rumah tangga di dada, penuhkan iman, nanti nak bimbing anak isteri, ketua keluarga kan. masa yang sesuai sahaja, tetapi usaha pun penting, amboi, rezeki tu datang bergolek ke? tiba-tiba rm4 juta jatuh dari langit. ada macam tu? usahalah, kenallah dengan seseorang yang benar benar korang rasa ada daya tarikan pada korang. faham kan? hanya seorang, akan ada nanti. nanti aku cerita, kisah aku pula. :) selamat malam. :)



Frust Bercinta? ye aku faham sahabat.

Seseorang yang “putus cinta” biasanya akan menghadapi tekanan emosi yang mendalam. Ada yang termenung dan terkenang si dia yang telah pergi. Ada pula yang menangis kesedihan di tengah malam sunyi.
Hati pasti tidak akan tenteram, ingatan silam pasti akan kembali, kesedihan atau kemarahan akan datang membayangi. Sesetengah orang mengambil masa bertahun-tahun untuk melupakan kisah cinta bersama si dia, ada pula mungkin sekadar sebulan dua. Masing-masing mempunyai jangka waktu “recover” yang berbeza mengikut kekuatan jiwa masing-masing.
Yang pasti, hati akan resah gelisah. Namun yang paling malang, apabila hati kecil mula mempersoal ketentuan tuhan kerana tidak dapat menerima kenyataan perpisahan.Nauzubillah. Semua ini akan terus menghantui diri selagi hati masih tidak tenteram.
Terdapat satu penawar yang mujarab untuk mententeramkan hati. Firman Allah di dalam surah Ar-R’ad ayat 28, “(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah. Ketahuilah dengan zikrullah itu, tenang tenteramlah hati manusia.”
Zikrullah bermaksud mengingati Allah. Membaca Al-Quran juga termasuk zikrullah kerana salah satu nama bagi Al-Quran adalah Adz-Zikr. Dengan membaca Al-Quran dan menghayati maksud-masud ayat, seseorang itu sedang berzikir kepada Allah.
Selain membaca Al-Quran, seseorang itu juga boleh mengucapkan tasbih, tahmid, tahlil atau takbir. Zikir-zikir ini lebih ringkas dan mudah dilakukan secara berterusan di kebanyakkan keadaan dan tempat, sama ada secara lisan atau di dalam hati. Namun menurut Imam Nawawi di dalam Al-Azkar, zikir adalah lebih utama dilakukan dengan hati dan lisan, kedua-duanya sekali.
lailahailallahJabir Bin Abdullah meriwayatkan bahawa Rasulullah pernah berkata, “zikir yang paling utama adalah  (tiada tuhan selain Allah) dan sebaik-baik doa adalah mengucapkan alhamdulillah (segala pujian bagi Allah).”[1] Menurut Imam Tirmizi hadith ini berstatus hassan gharib.
Menurut rekod Imam Bukhari, nabi telah menyatakan, “Ada dua kalimat yang paling disukai Yang Maha Pengasih. Sangat mudah diucapkan tetapi sangat berat dalam timbangan. Kedua-dua kalimat itu adalah subhanallah wa bihamdihi dan subhanallah hil azim [2] Kedua-dua kalimat ini membawa maksud ‘Maha suci Allah dan segala pujian kepadaNya’ dan ‘Maha suci Allah yang Maha Besar.’ Di dalam riwayat lain diceritakan, sesiapa yang membaca hamdi.jpg 100 kali sehari, maka semua doasanya diampunkan oleh Allah, meski pun sebanyak buih di lautan.[3]
Jika disenaraikan jenis-jenis zikir, artikel ini akan menjadi begitu panjang sehingga mungkin terbentuk laman web baru yang mengkhususkan tentang zikir. Namun, memadailah seperti apa yang telah dipaparkan sebagai amalan.
Perbanyakkan zikir, mudah-mudahan hati menjadi tenteram, InsyaAllah.
Wallahu’alam.

Perempuan Complicated? apakah?!

Kalau ditanya perempuan, apakah makhluk yang paling complicated, pasti dorang akan jawab lelaki, kalau tanya lelaki pulak, apakah makhluk yang paling complicated, tak payah bagitau pun dah tau kan jawapan dia perempuan lah.

meh cerita pasal kenapa aku rasa perempuan ni complicated dan kenapa lelaki patut terima je ke-complicated-an perempuan ni.

aku cerita berdasarkan pengalaman aku lah, so kalau korang punya lain, silakanlah fikir sendiri, jangan lah nak fikir semua orang fikir sama macam kau fikir. boleh? well, gurls, jangan marah haa..

1) perempuan complicated bila bab makan, ni betul tak tipu, sangat
   complicated. okay aku bagi contoh, korang keluar dengan kawan
   korang ke, isteri korang ke, cuba tiba-tiba korang tanya, dorang
   lapar tak? kalau jawab "lapar" tu baguslah, kalau jawab "tak" tu
   jimat duit. boleh tukar rim kete. hahahaha.
   okay berbalik pada cerita, kalau dorang jawab "lapar" cuba tanya
   dorang nak makan dekat mana, sure dia akan cakap "ikut awaklah",
   korang pun bawak lah makan kedai mamak, dah order macam-macam,
   makanan dah sampai, tiba-tiba dia akan cakap, "kan best kalau
   makan dekat sana tu". tengok complicated kan? awal-awal tak nak
   cakap. -.-" tiba-tiba rasa bersalah pulak kan?

2) perempuan complicated bila bab beli pakaian, okay macam ni,
   contohla ye, contoh, dorang cakap nak beli tudung, korang pun
   bawaklah pegi jalan tar, ada 20 kedai tudung dekat situ. contoh!
   dia pun masuk semua kedai tudung tu, bagai nak rak menunggu yang
   si lelaki ni berejam, end up dia akan keluar, dia akan cakap,
   "tak ada tudung la". complicated kan? kan? punya la banyak tudung

3) perempuan complicated bila bab berhias, betul tak tipu, yang
   si lelaki ni tunggu luar rumah, minyak dari 5 bar jadi 3 bar,
   menunggu dia pakai blusher, eye liner, eye shadow, lipstick,
   foundation bagai segala bapak dia pakai dekat muka, lepas tu muka
   ketat je, nanti foundation tanggal, kena la ketat sikit muka tu.
   complicated kan kan?

tapi jangan lah marah dorang wahai kaum adam sekalian, kaum hawa memang begitu, memang tak dinafikan, kekadang aku pun tak faham, tapi kan nak buat macam mana, memang otak dorang berfikir macam tu. ingat, jangan cuba marah dorang, tapi, kalau dah make up bagai hantu kak limah, mohon tegur la, takut balik salah bawak bini, bawak balik hantu kak limah. ingat lagi sekali jangan marah dorang sebab allah tidak menciptakan wanita dari kepala lelaki untuk atasannya tidak pula dari kaki lelaki untuk dijadikan bawahannya. tetapi, allah menciptakan wanita dari tulang rusuk lelaki, dekat dengan lengan untuk dilindunginya dan dekat dihati untuk dicintai. faham kan?



Penat cerita hati itu ini, meh bersedekah


"Dari Abu Hurairah r.a. berkata, bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda: Setiap sendi tubuh badan manusia menjadi sedekah untuknya pada setiap matahari terbit. Kamu melakukan keadilan di antara dua orang (yang sedang berselisih faham) adalah sedekah, kamu membantu orang menaiki kenderaan atau membantu mengangkat barang-barang ke dalamnya adalah sedekah, perkataan yang baik adalah sedekah, setiap langkah kamu berjalan untuk menunaikan solat adalah sedekah, dan kamu membuang perkara-perkara yang menyakiti di jalan adalah sedekah"

Assalamualaikum tuan-tuan yang mulia. Malam ini, saya ingin bercerita sedikit mengenai sedekah. Harap-harap tuan-tuan yang mulia dapat mengambil sedikit masa membaca sedikit ilmu yang bermanfaat ini, In Shaa Allah.

Masha-Allah tuan-tuan yang mulia, jika kita berpandukan kepada Hadith ini, sebenarnya banyak perkara yang boleh dijadikan sedekah. Malahan, hanya dengan senyum sahaja (yang tidak menimbulkan fitnah) dianggap sebagai satu sedekah. Jadi tuan-tuan yang mulia, marilah kita bersama-sama mengamalkan sedekah. Jika ada wang ringgit, maka bersedekahlah dengannya. Jika ada ilmu, maka bersedekahlah dengannya. Jika ada waktu terluang, bersedekahlah dengannya (dengan cara mengingati Allah dan menceritakan kebesaran Allah kepada orang-orang disekeliling kita).

Apakah fadhilat-fadhilat sedekah? Antaranya, sedekah boleh menjadi penghapus atau kaffarah kepada dosa-dosa kita yang lalu, In Shaa Allah. Selain itu, sedekah juga boleh memurahkan rezeki. Rasulullah S.A.W. pernah bersabda yang bermaksud;

"Tidak akan dikurangi harta dengan sebab bersedekah, Allah tidak menambah keampunan seseorang hamba melainkan seseorang itu ditambahkan dengan kemuliaan. Tidaklah seseorang itu merendah diri kerana mengharapkan keredhaan Allah melainkan akan diangkatkan darjatnya".(Riwayat Muslim)


Sesetengah ulama' juga ada menyatakan bahawa sedekah boleh menolak bala, serta memanjangkan umur. Jadi kesimpulannya, banyakkanlah bersedekah. Tidak akan rugi orang-orang yang bersedekah, maka akan lebih beruntung. 

-Nota kecil, kata mereka, bersedekah kadang-kala boleh hilangkan rasa sakitnya hati, cubalah-

Jawapan, istikharah cinta memanggilku.

Istikharah cinta memanggilku
Memohon petunjukmu
satu nama teman setia
Naluriku berkata


Dipenantian luahan rasa
Teguh satu pilihan
Pemenuh separuh nafasku
Dalam mahabbah rindu



okay, aku bukan nak cerita pasal aku dah dapat jodoh baru ke apa, belum lagi aku fikir nak bercinta ke apa ke, nak kawan, bercinta tak nak, aku berkenan nanti aku sendiri jumpa mak ayah kau. okay?

aku nak bercerita, cepat atau lambat, jawapannya ada, akhirnya aku dapat jua kad jemputan kawen dari sidia, memanglah tiba-tiba datang pulak aku rasa teringat, patutnya aku yang jadi pengantin tu! hahahaha. okay itu merepek.

Aku doakan yang terbaik untuk dia, ingat tau, jangan benci, tapi maafkan, sungguh sakit, tapi maafkan, amboi, sombong betul kau tak nak maafkan. Dah bukan jodoh kau, kau tahan la macam mana pun, mustahil kau tau apa maksud mustahil? mustahil tu maksudnya, kau berangan je lah dalam mimpi macam aku selalu berangan aku ni "jumper" sebab aku boleh kemana sahaja aku suka.

nampak tak dekat situ, walau kau bercinta 28 tahun sekali pun, dah bukan, bukanlah jugak, yang kau sampai nak bunuh diri bagai tu apahal? amalan kau dah banyak sangat ke? keji la bunuh diri tu. faham?

Kalau kau doa yang terbaik untuk orang tu, insyaAllah kau dapat yang terbaik jugak. =)

-pena akhir, maafkanlah, yang lepas biarkan lepas, hidup dengan cara kau-

Sempurna? kau sempurna tak?

Tiada manusia sempurna sebenarnya.
kau manusia, aku manusia.
aku tidak sempurna, kau tidak sempurna.
kau rasa diri kau sempurna, lu punya sembang bikin bimbang.

cuba lihat dengan mata hati, cuba..

masa korang bercinta, dialah segalanya, dialah yang paling sempurna, dialah pemilik rusuk kiriku. *aku pulak yang geli*

cuba kau tengok dengan mata hati, selalu kan dengar orang cakap, masa bercinta, lakonan itu dan ini, tidak semuanya berlaku begitu, ada yang betul ikhlas, tapi tersadai tunggu tow truck tepi jalan nak buat macam mana, dah perkenalan dia sampai situ je, nak buat acane kan kan?

cuba lihat dengan mata hati, betulke dia ikhlas? betul ke? korang kenal dia lebih, bukan aku, kalau aku kenal dia lebih, baik aku je yang dengan dia, korang boleh jalan.

biasalah masa bercinta, you're my only one, i can't live without you, ni bukan aku cakap sesaja, berdasarkan pengalaman aku jugak, aku pun buat cenggitu jugak. hahahaha. 

bila dah putus, you're stupid! you're !%@^#%#^ and blah blah blah blah. okay yang ni aku tak buat. korang nak tahu sebab apa, sebenanye kan, masa aku nak move on, aku cuba jugak benci dia, tapi makin aku benci, makin pulak aku teringat, so aku maafkan je lah dia, mungkin ada hikmah nya, dulu aku jauh dari menadah tangan, kini dekat, tapi selalu jugak tergelincir, aku manusia, aku selalu tergelincir. manusia kan? faham?

bila tergelincir tu, cepat lah tersedar, sampai bila nak tergelincir je, eh! can you please learn from your own mistakes? can you? jadi, tadah la tangan semula. jangan la sombong sangat. boleh kan? =)



DIPLOMA DITANGAN, MEMORI TIDAK LUPA, KAWAN-KAWAN SIAPA KAWEN, KAD JEMPUTAN JANGAN DILUPA.

akhirnya selepas berhempas pulas dengan 2 tahun setengah, habis pun! berkat usaha cekal amanah lagi saksama. *merepek.

siapa kata putus cinta tak boleh berjaya? siapa kata?
dah korang campur adukkan belajar dengan hati perasaan korang yang gundah gulanah tu, mana nak berjayanya?

weh! belajar is belajar, private is private, past is past.
kalau aku boleh, korang mesti boleh jugak. cuma jangan campur adukkan, tolonglah, ada sorang kawan aku dalam class dulu, frust bercinta sampai tak nak masuk class, tak nak buat assignment.

cuba fikir kan, kau dah la tunjuk kau ni kalah tak boleh hidup tanpa dia, cuba la tunjuk kau boleh berjaya tanpa dia. cuba! cuba!

alhamdulillah, atas nasihat rakan-rakan, dia okay lepas tu, sekarang dah kawen dengan lecturer aku sendiri, tengok tak aturan allah, hebat kan? dulu dalam class, punyalah dia tak suka lecturer tu, dia kata lecturer tu cerewet, last last, kawen. nampak tak?

so, janganlah campur adukkan belajar dengan private korang. pleaseee.. aku pun bukan la nak tunjuk apa sangat sebab aku berjaya, cuma nak kasi mak ayah aku bangga, aku pun nak tunjuk, bukannya aku tak ada dia, aku tak boleh berjaya. boleh je. cuma yelah, masa je.

jadi, kesimpulannya, belajar la sampai mana pun, aku teringin nak belajar luar negara, yang penting kawen dulu, angkut anak isteri terus kesana, best kan? boleh masuk paper nanti "salam perantauan". hahahahaha.

okay, okay berbalik pada cerita, ingat eh, korang dok meratap, campur adukkan private dengan study, weh, kau ingat gred yang kau dapat tu dia pandang ke? lagi lagi rendah, tunjuk lah sikit martabat kau tu. boleh?



-akhir kata, belajar itu satu keperluan untuk ke fasa seterusnya-

Berakhirnya Tragedi dua tahun, Hati kental, berubah jangan, dipaksa tidak

2 tahun telah berlalu, ye memang aku tak nafikan, tempoh tu sangat panjang bagi aku. sangat panjang. tapi kan, diam tak diam dah 2 tahun.

dalam masa 2 tahun tu jugak, mencari siapa aku, bagaimana aku ini sebenarnya. siapa kata bercinta tiba tiba putus tak boleh move on? siapa kata? sebab korang semua tak percaya. sebab tu lah.

2 tahun tu, ye aku ni asyik mengalir air mata je, puas tahan jangan mengalir, jangan! jangan! apa kan daya, aku manusia, ada hati, ada perasaan, pandai bercinta, pandai la rasa sakitnya perasaan ditinggalkan.

akhirnya aku jumpa jalan aku, korang yang putus cinta pun sure boleh punya, janganlah lembut sangat hati tu, asyik teringat je pun tak boleh jugak, yelah, aku pun teringat jugak, tapi bila teringat je fikir benda lain takpun tengok maharaja lawak mega ke, tengok karoot komedia ke, running man ke, apa apa je lah yang boleh buat ketawa. sure boleh, jangan kata tak boleh la. mengalah awal, kau tak boleh jadi hero filem hindustan kau tau tak? hero selalu kalah dulu, nanti dia menang.

so, aku pun baru kenal siapa diri aku, baru aku terfikir, sebelum aku kenal dia, boleh je aku hidup, apehal pulak dia tak ada aku tak boleh hidup? nonsence! aku pun dah buang dah semua apa barang ke yang dia bagi dekat aku, for what nak simpan, buat lagi teringat je.

ada jugak lah barang yang aku simpan, yelah, mahal kot, tak kan aku nak buang. haish, no no no!

aku punya nak padam dia dari hidup aku, aku deactivated semua, facebook, twitter bagai, yelah, kalau still ada, aku dok search nama dia, end up, aku teringat balik. buat apa aku nak sakitkan hati aku, baik aku berdoa, moga dipertemukan yang jauh lagi baik dari dia insyaallah.

ingat pesan aku ni, jangan tinggal solat, sebab bila korang solat, sure korang berdoa kan? aku ada ingat satu pesan dr maza, sedangkan iblis tu, mintak dekat allah untuk hidup sampai hari kiamat, allah makbulkan, padahal derhaka betul iblis tu, tak kan lah kita ni manusia, berdoa, mintak dekat allah, allah tak bagi, mesti allah bagi, bersangka baiklah.

well, jangan la dok meratap sangat pemergian sidia tu, dia dah happy, tu haa ex-ex korang tu dah happy, better korang pun hidup la dengan cara korang. sekali lagi "hidup dengan cara hidup korang". boleh kan? sure bolehla, jangan sombong sangat tadah tangan, ingat sikit, perasaan tu siapa kasi?

tadahlah tangan


-nota hati(berdoalah, beristikharah lah, ada jawapannya)-

Orang yang Salah? kepastian mungkin ada, kebarangkalian tidak semena

Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dengan orang yang salah sebelum menemui insan yang betul supaya apabila kita akhirnya menemui insan yang betul, kita akan tahu bagaimana untuk bersyukur dengan nikmat pemberian dan hikmah di sebalik pemberian tersebut. Apabila salah satu pintu kebahagiaan tertutup, yang lain akan terbuka tapi lazimnya kita akan memandang pintu yang telah tertutup itu terlalu lama hinggakan kita tidak nampak pintu yang telahpun dibukakan untuk kita.
Kawan yang paling baik ialah seseorang yang anda boleh duduk di dalam buaian dan berbuai bersama tanpa berkata apa-apa pun dan kemudian berjalan pulang dengan perasaan bahawa itulah perbualan yang paling hebat yang pernah dialami.Memang benar yang kita tidak akan tahu apa yang telah kita punyai sehinggalah kita kehilangannya dan juga benar bahawa kita tidak tahu apa yang kita rindukan sehinggalah 'ia' datang. Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dengan orang yang salah sebelum menemui insan yang betul supaya apabila kita akhirnya menemui insan yang betul, kita akan tahu bagaimana untuk bersyukur dengan nikmat pemberian dan hikmah di sebalik pemberian tersebut. Apabila salah satu pintu kebahagiaan tertutup, yang lain akan terbuka tapi lazimnya kita akan memandang pintu yang telah tertutup itu terlalu lama hinggakan kita tidak nampak pintu yang telahpun dibukakan untuk kita.

Kawan yang paling baik ialah seseorang yang anda boleh duduk di dalam buaian dan berbuai bersama tanpa berkata apa-apa pun dan kemudian berjalan pulang dengan perasaan bahawa itulah perbualan yang paling hebat yang pernah dialami.Memang benar yang kita tidak akan tahu apa yang telah kita punyai sehinggalah kita kehilangannya dan juga benar bahawa kita tidak tahu apa yang kita rindukan sehinggalah 'ia' datang. 


Memberi seseorang seluruh cinta anda bukanlah satu kepastian yang mereka akan menyintai anda kembali! Jangan harapkan cinta sebagai balasan. Nantikan sahaja ia untuk mekar di dalam hati mereka tapi sekiranya ia tidak, pastikanlah ia terus mekar di dalam hati anda. Ia cuma mengambil masa seminit untuk jatuh hati pada seseorang, satu jam untuk menyukai seseorang, satu hari untuk menyintai seseorang tetapi ia mengambil masa sepanjang hidup untuk melupakan seseorang.
Jangan pandang kepada kecantikan kerana boleh jadi ianya palsu. Jangan kejar kemewahan kerana ianya akan susut. Carilah seseorang yang membuatkan anda tersenyum kerana ia cuma memerlukan sekuntum senyuman untuk mencerahkan hari yang suram. Carilah yang membuatkan hati anda tersenyum. Akan tiba satu ketika di dalam kehidupan apabila anda teramatkan rindukan seseorang sehingga anda ingin menggapainya dari mimpi anda dan memeluknya dengan sebenar.Mimpilah apa yang ingin anda mimpikan, pergilah ke mana-mana yang ingin anda tujui dan jadilah apa yang anda inginkan kerana anda hanya memiliki satu kehidupan dan satu peluang untuk melakukan semua perkara yang ingin anda lakukan. Dan pesan saya, carilah yang pandai beragama, bukan yang sekolah agama. Tak faham bukan? Fahamkanlah. 
Semoga anda memiliki kebahagiaan yang cukup untuk membuatkan diri anda menarik, percubaan yang cukup untuk membuatkan anda kuat, kesedihan yang cukup untuk memastikan anda adalah seorang insan dan harapan yang cukup untuk membuatkan anda bahagia. Selalu bayangkan diri anda di dalam kehidupan seseorang.Jika anda rasa ianya menyakitkan anda, fikirlah ia mungkin menyakitkan orang lain juga.
Kebahagiaan seseorang manusia tidak semestinya dalam memiliki segala yang terbaik. Mereka hanya membuat yang terbaik dalam hampir apa saja yang datang di dalam perjalanan hidup mereka. Kebahagiaan Memberi seseorang seluruh cinta anda bukanlah satu kepastian yang mereka akan menyintai anda kembali! Jangan harapkan cinta sebagai balasan. Nantikan sahaja ia untuk mekar di dalam hati mereka tapi sekiranya ia tidak, pastikanlah ia terus mekar di dalam hati anda. Ia cuma mengambil masa seminit untuk jatuh hati pada seseorang, satu jam untuk menyukai seseorang, satu hari untuk menyintai seseorang tetapi ia mengambil masa sepanjang hidup untuk melupakan seseorang.
Yang cerah sentiasa berteraskan kehidupan yang lalu yang telah dilupakan. Anda tidak boleh meneruskan kehidupan dengan sempurna sehingga anda melupakan kegagalan dan kekecewaan masa silam.

Bukan maksudnya, bercinta itu benar, tetapi kalau dah terpaut dihati, jumpa atau berhubung terus dengan ibu bapanya, fahamilah sendiri maksudnya. 

Pilihan, hidup ini adalah pilihan

Terkadang, mereka yang putus cinta ditengah jalan, selalu tidak redha dengan keterangan itu. Jiwa meronta, hati ingin tahu, apa salah mereka, seperti juga aku. Dulu aku mencari di sudut ruang dimana salahnya aku, apa yang membuatkan terjadinya perpisahan ini

Hidup ini adalah pilihan

Kenapa adanya persoalan hidup ini adalah pilihan? Aku juga dulu tertanya-tanya. apakah maksud disebalik pilihan itu.

Hidup ini adalah pilihan dimana ia merujuk kepada tingkah laku, tingkah laku A dan juga B. Anda seperti juga aku, bermain cinta, pilihan untuk bercinta, rasakan sakitnya. tidak faham kan?

Okay, begini, mengapa hidup ini adalah pilihan, pernah tak bertanya, kenapa seorang pemabuk menjadi pemabuk? pernah bertanya kenapa mereka jadi sedemikian? pasti jawapannya "pilihan hidup mereka". kan?

Seperti juga aku yang pernah mabuk cinta, hidup adalah pilihan, pilihan aku untuk bercinta, tiada siapa halang, tiada siapa bantah, walau dihalang pun, walau dibantah pun, aku memilih untuk bercinta juga, kenapa ye aku begitu? sebab hidup adalah pilihan.

Aku boleh sahaja tidak bercinta, pilihan aku untuk tidak bercinta, hidup adalah pilihan, aku boleh sahaja untuk menepis cinta itu dari datang, aku boleh sahaja untuk menidakkan cinta itu, tetapi, hidup adalah pilihan.

Dan aku memilih untuk bercinta. Faham situasi nya? kenapa anda perlu bercinta? tanya diri anda, jawapannya ada, dan jawapannya pasti "HIDUP ADALAH PILIHAN". Aku memilih untuk bercinta dan sudah semestinya, aku sudah bersedia untuk sakit. Tetapi hidup adalah pilihan.

Aku tidak memilih untuk bersedia untuk sakit, kerana aku hanya memegang janji manusia yang sementara sedangkan aku boleh janji Allah yang pasti. HIDUP ADALAH PILIHAN.

Pernah anda terfikir, kenapa seseorang itu membeli sebuah Mitsubishi Lancer yand seakan-akan Proton Inspira, kenapa? pernah tanya? Macam aku cakap tadi, Hidup adalah pilihan, dia memilih untuk memiliki Mitsubishi Lancer sedangkan harganya jauh lebih mahal dari Proton Inspira, Hidup Adalah pilihan.

Jadi tanya diri anda, pilihan andakah untuk bercinta, sudah semestinya ia kan? sudah kah anda memilih untuk memohon petunjuk Allah? hidup adalah pilihan, pilihan anda sama ada mahu memohon petunjuk dari ALLAH atau pun tidak, sebaiknya pilihan anda itu lebih kepada pencipta.

-HIDUP ADALAH PILIHAN (NOTA KERAS)-


Kerana Jatuh, Aku bangkit.

Keadaan Sekeliling membuatkan perasaan menekan, adakah jauh betul perjalanan aku menghadap ilahi. Aku putus cinta dengan manusia, aku tidak mahu putus cinta dengan Allah.

Allah yang menjadikan aku, Allah yang memberi segala rezeki kepada aku, kenapa aku masih jahil? pernah tanya tak diri anda juga? Mungkin, aku juga manusia, tidak sempurna selalu juga aku tergelincir.

Ya, memang benar, selama ini aku hanya mengadu kepada manusia, kerana bagi aku itu sedikit melegakan, tetapi nasihat seorang rakan, sakit yang kau rasa, apa kata kau mengadu pada sang Pencipta iaitu Allah, dia yang tahu isi hati kau.

Aku ikut nasihatnya, dan itu juga aku lakukan, tidak pernah seumur hidup aku mengangkat takbir untuk bertahajjud, bertaubat dan beristikharah, aku gagahkan juga untuk bangun, kerana aku ingin mengadu kepada kekasih hati aku.

Ya, tidak dapat aku gambarkan bagaimana perasaan pertama kali aku bertahajjud, bertaubat dan beristikharah. Lakukan lah rakan-rakan, jiwa ini, hati, perasaan milik Allah jangan sombong, lakukanlah, tiada yang dapat menandinginnya, Tidak dapat juga digambarkan dengan kata-kata manisnya malam-malam ini.

Bersahabatlah dengan mereka yang mengingatkan anda kejalan ALLAH, tetapi jangan pula dicaci maki mereka yang jauh dari jalannya, sebagai manusia, sebagai rakan, berikanlah hikmah manisnya cinta ALLAH itu kepada mereka.



-AKU JATUH LALU AKU BANGKIT-


Setiap Manusia Boleh Berubah Kalau Diberi Peluang, Semuanya Adalah Pilihan

Ya memang Benar, Jika kita mencintai seseorang lebih dari sang pencipta, Akan terjadinya rasa gusar gelisah apabila ditinggalkan, rasa sakit hati, rindu datang bertamu, itu biasa, lumrah manusia. Manusia juga ingin mencinta dan dicintai. Tapi, adakah dengan mendahulukan cinta manusia daripada manusia itu adalah satu kebahagiaan? tepuk dada tanya iman, tanya hati, tanya perasaan, Benarkah Keputusan ku ini?


Memang Benar, aku merasa bagaimana peritnya perasaan putus cinta itu, mulanya aku tidak redha, berbulan aku mencari salah aku sendiri, dan berbulan juga aku menyalahkan dia, benarkah tindakan aku itu?

Siapa kata lelaki tidak menangis? Aku lelaki, aku pun menangis, tetapi tindakan aku menangis dengan perginya seseorang dalam hidup aku itu mungkin membuatkan aku sedikit lega, tetapi, lama kelamaan, aku berfikir, sampai bila? tetapi aku tidak berhenti menangis, sepatutnya aku menangis dalam setiap sujudku, dalam setiap taubatku, dalam setiap tahajjudku, tetapi aku menangis untuk seseorang yang tiada ikatan apa apa dengan aku, mungkin aku tidak kuat, tetapi, tindakan aku itu tidak patut, jangalah mencontohi aku.

apabila anda semua bersedih, mengadu la pada Allah bukan pada manusia, adakalanya manusia mendengar, adakalanya, manusia jelak untuk mendengar rintihan hati ini. seperti juga aku, aku tiada tempat untuk mengadu, kerana bagi aku, semua manusia itu sama, tidak boleh dipercayai. dan satu-satunya tempat aku mengadu pada seorang insan yang melahirkan aku, yang memahami perasaan aku. ye, memang beliau sangat memahami perasaan aku. tetapi, kasihan juga apabila aku menangis, beliau turut menangis bersama, kerana sedih dengan sikapku sendiri yang tidak matang. MAAF YE MAMA. :'(


Pernah dengar perkataan ini? "la tahzan innAllah a'ma'na. pasti pernah dengar bukan? pasti anda semua tahu maksud disebalik ayat itu. Ye, memang, akhirnya kepada Allah jualah aku mengadu, dan kepada dia jualah aku serahkan segalanya.

Pada mulanya, aku tidak redha, namun setelah bermusyawarah, daripada petikan-petikan, bacaan-bacaan, akhirnya aku redha. Aku tahu, setiap apa yang dinamakan Jodoh, Rezeki, Ajal dan MAUT, telah ditulis diluh mahfuz aku, jadi aku tersentak dari lamunan, namun masih juga tidak dapat menahan air mata yang semakin hari semakin berjurai.

-maaf aku mungkin emosi-

Disini Jua Memori Tercipta Walau Seketika Terjalin Kasih Kita

Kisah Bermula semasa zaman sekolah menengah form 4, masa tu lelaki pujaan. *muntah. hahaha. Dulu zaman gatal-gatal pegi la The Curve, tipu mak ayah kata nak pegi study group. Sampai The curve kau!
Semata-mata nak tengok cheercomp(Cheerleader Competition) sanggup naik turun bas dari rumah, yela kan masa tu mana ada kereta. Sampai je dekat situ punyalah ramai orang tak terkata, semua lelaki pun gatal mcm aku nak usha-usha awek. hahahaha
So, usha punya usha berkenan la dekat sorang awek ni. cantik macam cina! hehehehe. Dengan beranikan diri tekad, azam, kecekalan pegi la tegur dia dekat belakang stage tu. Nasib baik dia okay, rupanya dia dari SMK *******. Orang kata sekolah tu memang ramai yang cantik-cantik. So, sembang punya sembang, minta no fon, tak kesampaian kurang kacak mungkin. Tapi, dia kasi email suruh add dkt myspace, masa tu zaman myspace mana ada twitter facebook bagai ni.
So, dengan hati yang girang, seronok tak ingat dunia macam menang lamborghini perasaan masa tu yelah dapat awek cantik, sape tak bangga kan? well, boys. -.-"  Balik je dari The Curve, terus on cpu, masa tu laptop tak ada, bapak aku cakap nanti tengok benda bukan-bukan, hahahaha. So, on la myspace, terus add. hehehehe. tunggu je lah jawapan dari sidia kan. cewah, macam baru lepas merisik pulak gayanya. hahahahaha
Hari berganti hari, hati jadi gelisah, mana dia ni, masuk hari ke-3 dia muncul, cewah! calon awekku memanggil la masa tu, heboh dekat semua kawan ada awek dekat friendlist myspace. hahahaha. Dia pun tegur "you yang dekat cheercomp hari tu kan?" pastilah jawapannya ye kan. well, baru nak bercinta. before this ada lah bercinta tapi dengan budak sekelas la, satu sekolah la. cinta monyet sungguh.
So, berbalas comment ke wall entah aku lupa almost everyday, sanggup tu tunggu masing masing balik sekolah. Ada satu hari tu, dia tukar profile picture dengan boyf dia, pergh aku punya sedih, makan nasi tak lalu, tapi makan maggie selalu. hahahaha. so baru aku faham, dia suka berkawan dengan aku sebab aku ni lawak, btw, lawak ke? pandai amik hati. sekeh nak? hahahaha
tapi, takpelah, kawan pun kawan la janji selalu berhubung *cewah ayat! hahahaha.
Selang beberapa bulan lepas tu, dia break up dengan boyf dia, sebab aku tau dia kata dia benci lelaki, kesian memang kesian, tapi untung dekat aku lah mana tahu kot kot dapat. Kebetulan masa tu sekolah aku SMK **************** jadi tuan rumah untuk bola jaring, dia pun tanya sekolah aku ke, pastilah aku tersangat gumbira boleh tunjuk dekat kawan-kawan aku ada awek lawa macam cina. tinggi, mata sepet, putih. So, dia pun datang sekolah aku, tarikh tak ingat bila jangan tanya aku ni pelupa. hahaha.
So kitorang pun berjumpa untuk kali kedua selepas sekian lama setengah tahun jugak la. Sanggup aku ponteng class semata nak lepak dengan dia, bak kata orang kasi sokongan dan semangat *gelinya ayat. Aku punya bangga masa tu dekat kawan-kawan aku, yela dapat awek sekolah yang boleh dikatakan top dengan awek-awek dia. siapa kata tak hensem tak boleh dapat awek hot? yang penting sekarang ni hati kan HATI!
So, dari situ makin la rapat, kali ni tak main la myspace, pakai fon la SMS. Myspace pun dekat friendlist dia no 1! hahahaha. So, berubah la tahun naik form 5 pulak. Hari silih berganti, makin hari makin rapat, timbul bibit bibit percintaan, yela 2-2 single apa ada hal. hahahaha. aku pun cakap lah dekat dia aku suka dia, zaman sekolah kan? noober detected! hahahaha. dia kata, dia boleh terima dengan satu syarat kalau aku sudi teman dia pegi beli baju Hari sabtu nanti. Haruslah aku cancel semua appointment aku yang mengalahkan retis.
So, aku pun keluar la dengan dia pinjam kereta mak aku pulak tu, bila tanya nak kemana cakap ada tournament futsal, tipu lagi, banyak dosa aku dekat mak ayah aku. =(
masa tu lah dia tanya, apa betul ke apa yang aku cakap beberapa hari lepas, aku cakap dekat dia yang aku ni bersungguh. hihihihihi. Dia TERIMA! sekali lagi aku cakap, dia TERIMA! padahal baru jadi awek, bukan terima melamar jadi bini ke apa, over excited, well, aku kan memang macam ni.
So, bermulalah percintaan kami berdua, suka duka diharungi bersama, berjumpa sebulan sekali je.
Masa tu pun dah nak dekat SPM, so kitorang pun buat rules, jangan contact sampai paper dah habis. so, kitorang pun tak contact. nasib baik aku ni jenis yang setia. cewah! hahahaha.
Habis je paper dia, sebab aku habis paper dulu, aku terus call dia, dia yang excited lebih, aku pulak yang pelik. hahaha. So, kitorang pun contact balik macam biasa sampai lah satu hari ni dia kata, dia dapat pegi PLKN, nanti 3 bulan tak boleh contact, sedihnya. :'(
So, terkapai kapai la aku 3 bulan tu tanpa sebarang berita, sekali lagi diingatkan aku ni seorang yang SETIA! aku tak cari perempuan lain, betapa setianya aku. padahal nak dapat satu pun bukan main susah, nak ada lain? harapan..
3 bulan berlalu, tanpa apa-apa berita, tiba tiba aku tengok dekat profile picture dia dekat myspace, dia dengan ada satu mamat, caption dia "half of my heart". aku pun naik geram, aku terus call, mula mula dia tak angkat, lepas tu dia angkat, dia kata tu boyf dia masa dkt PLKN je, jangan salah anggap, aku masih dihati dia. The hell? aku pun terima je lah. nak buat macam mana dah sayang kan? kan?
So, masa tu kena isi UPU yang nak sambung belajar tu, kitorang pun isi sama-sama, course yang sama. semua lapan-lapan pilihan yang sama. cewah! nak sama tempat la tu konon. kononnya la. hahahah. So, results SPM pun keluar lepas tu, dia punya results mak aih! banyak A. maybe sebab dia pegi pagi kot so sempat la kutip semua A tu, aku pegi dah petang A semua orang dah amik dah. hahahaha. tapi, alhamdulillah semua credit. Aku pun risau dengan results aku tu, aku tak dapat sambung belajar. Nasib baik dia ada kasi kata-kata semangat.
Lepas sekian lama, results UPU pun keluar. nak tau satu benda pelik? sangat pelik, tapi tersangatlah bagus jugak, kitorang dapat tempat yang sama. UITM *********. mungkin jodoh kot. Mungkin okay MUNGKIN. Masa first day daftar nak dijadikan cerita, kitorang daftar sekali, meja sebelah sebelah, mesti lah memain mata sikit kan? biarlah awek aku kot.
Lepas tu bermulalah minggu orentasi yang amat-amatlah memenatkan. Pagi kena bangun pukul 5, tidur malam pukul 3. 2 jam je weh! 2 JAM! Nak dijadikan cerita, masa minggu MMS(Minggu mesra siswa) kitorang dibahagikan kepada beberapa kumpulan, aku terperanjat dia group dengan aku untuk LDK(latihan dalam kumpulan). Happy nya tak terkata. dia pun kata, kebetulan kan? hahaha. So, seminggu orentasi, aku makin hari makin rapat dengan dia, breakfast sama, lunch sama, dinner pun sesama. Ada la jugak naik jelak tengok muka dia je hari-hari, weh tak tipu, dekat UNI lagi ramai awek yang lagi cantik dari awek korang wahai adik-adik. hahahaha.
Start je class, kami mula jarang contact, yelah masing masing busy dengan assignment apa bagai, mana nak larat, contact pun tanya nak pegi makan dekat mana semua, memang hari hari pegi makan sesama, yelah masa tu aku ada kereta tu tenggiling tu mak aku bagi dekat aku. sayang betul aku dekat tenggiling tu. Ada sekali tu aku buat surprise dekat dia, aku melutut kasi bunga dekat dia depan public weh! public weh! hahahaha. *ikut mat saleh sangat. Akhirnya, muncul la yang budak UITM tempat aku panggil, neraka dunia, final exam yaw! Punyalah gelabah aku masa tu, tapi tak gelabah mana lah, DOTA harus tak tinggal. hahaha. Alhamdulillah aku boleh jawab semua paper, walaupun aku rasa tak puas hati tapi sekurangnya aku buat semua. =)
So, bermulalah cuti sem. masa ni la kitorang banyak buat kerja gila, pegi johor balik hari, pegi penang balik hari semata-mata teringin makan itu ini, aku kumpul kot duit aku, nasib baik aku ni jenis menyimpan duit mak aku bagi tiap tiap minggu.
So, tempoh perkenalan kami masa ni, perkenalan sangat senang cite couple la, masuk 2 tahun, pejam celik, pejam celik je. tak rasa pun kalau betul sayang. =) cuti sem dah nak habis, results pun nak keluar dah, lega aku lepas cukup makan. 2.**, tapi aku sakit hati dia dapat 3.** dean list, weh dia pun banyak keluar kot sama macam aku. ini tidak adil! hahahaha.
So, kitorang ni macam menumpang je dekat UITM Shah Alam tu untuk satu sem, aku dapat satu tempat dengan dia, tapi agak jauh, bapak aku pepandai buat rayuan kasi aku dapat dekat sikit, aku punya nak menangis masa tu dapat tempat jauh dari dia, so kitorang kena berpisah "long distance couple". weh banyak cobaan dia, tak tipu la sangat banyak bila berjauhan ni. aku ni pulak bukan berjenis punya manusia masa tu. hahahaha. So, aku jarang masuk class, malas buat assignment, yelah tak ada hati nak buat semua tu, orang tua cakap tak ada penyebar semangat. sedih aku masa tu.
Tapi, kitorang jumpa every week. tiap-tiap minggu masing balik, kalau tak balik pun aku akan ke tempat dia, jauh kot, tapi takpelah berkorban sekejap. sayang la kata kau.
So, kitorang macam biasa je, masih lagi sayang menyayang cinta dikenang perasaan menjadi rindu. hahahaha. So, final exam pun start, sebabkan aku ni malas pegi class, aku tak attend exam pun sebab aku tau aku tak boleh buat paper semua tu. So, lelama aku pun mengaku je dekat mak ayah aku, aku tak pegi class bagai semua, diaorang punya sedih, dengan aku pun menangis jadi menyesal pulak. bodoh betul aku masa tu. Demi seorang perempuan sanggup aku jadi macam tu. bodohnya.
Lepas tu kata sepakat dibuat, aku pun berhenti dari situ, dan aku janji dengan mak ayah aku, dapat belajar tempat lain aku belajar bebetul. Akhirnya aku pun sambung belajar dekat Kolej *******. Time ni aku dah jarang contact dia, sebab aku nak tumpu betul pada study aku, tapi seperti biasa weekend je kitorang keluar dating. cewah! time tu aku mat bunga kot. habis semua kawan dia jeles dengan aku, asal jumpa je beli bunga rose. kihkihkihkih.
So, hari silih berganti, perkenalan aku dengan dia, jadi renggang. masa tu mungkin salah aku jugak, atau pun salah dia jugak. memang aku tak nafikan aku memang sangat-sangat sibuk, tapi aku selalu contact dia, cuma dia macam nak tak nak layan. so aku pun dapat agak dia sibuk kot. Masa ni perkenalan ktorg menjangkau 4 tahun, dan Alhamdulillah aku score every sem masa dekat sini sebab aku dah janji dengan parents aku. So, masuk perkenalan yang ke 4 tahun ni lah aku menyatakan hasrat aku dekat mak ayah aku, nak bertunang, mak ayah aku cakap kalau ada duit, no hal. nasib baik aku ni memang jenis suka menyimpan mungkin tak berapa nak cukup, aku cakap dekat sidia aku memerlukan beberapa bulan. masuk perkenalan yang ke 4 tahun dan 2 bulan, hubungan menjadi semakin renggang, aku tak tahu mana silap aku, sedangkan aku tak ada pun kekasih hati lain ke apa, sebab aku ni jenis malas nak mengorat mengorat bagai ni, aku dah tak reti, dia lah orang terakhir aku mengorat, lepas tu skill tu dah hilang. Aku pun tanya dia kenapa dia jadi dingin renggang dengan aku, dia kata dia tak ada jawapan, mungkin kena bagi dia masa, so aku pun bagi dia masa, tapi kitorang tak break up ke apa, masa dengan dia, panas baran aku jadi hilang, aku ni jadi lembut. cop! bukan lembik! tapi hati ni cepat tersentuh, maybe sebab dia yang ajar aku konsep 'pause' , tapi dia pulak yang jadi panas baran. so, aku cakap dekat dia aku kasi dia fikir dalam sebulan. sebulan kitorang jarang contact just good morning dengan good night. itu sahaj selama sebulan. alangkah kelakarnya bila timbul cerita aku ni ada kekasih hati lain. bukan nak kata apa, sepupu dia satu kolej dengan aku, selalu lepak sama, boleh tanya kot sepupu dia kalau aku ada lepak dengan perempuan lain -.-" dan alangkah kelakarnya, bila dia terang terang kantoi tipu aku macam-macam, tapi aku ni bukan jenis pemarah, aku tanya pun tidak. jadi aku pun anggap, mungkin tu kawan dia.
sebulan sebelum berakhirnya segalanya, alangkah terkejutnya aku bila aku dapat tahu, masa yang dia nak sangat tu, yang aku bagi masa dekat dia tu, dia isi dengan cinta lain. okay itu sakit. dah la kenalan rapat aku pulak tu mamat tu. bermacam aku buat, merayu, bawak tempat first kami jumpa, pegi tempat yang dia suka, tapi tak menjadi, jawapan dia tetap sama, sampai disini sahaja. cukuplah perkenalan kami selama 4 tahun dan 7 bulan. peritnya menahan semua tu tak dapat la aku nak ceritakan, betullah kata orang, benda yang paling sakit dalam dunia adalah sakitnya berpisah.

berakhirnya cerita cinta kami. tapi, segala benda sudah dimaafkan, siapa kita untuk menidakkan sesuatu yang pasti. yang pasti banyak aku belajar tentang wanita sepanjang perkenalan aku dengan sidia. ya, memang menyakitkan, sangat sakit, tak dapat nak digambarkan, sangat.

*siapa potong bawang ni!